Picture of BUDREH AHMAD NPQEL2013A1 SBHSM
KE MANA KITA SELEPAS NPQEL,MASIH GPK ATAU PENGETUA/GB ?
by BUDREH AHMAD NPQEL2013A1 SBHSM - Thursday, 4 April 2013, 8:32 PM
 

Assalamualaikuam w.w. Salam 1 Malaysia.

Selamat menjalani Program Penandaarasan kepada semua peserta NPQEL.Kita sudah melalui program Penandaarasaan untuk minggu pertama,sudah semestinya kita telah melalui pelbagai cabaran terutama dalam mendapatkan kerjasama,menyesuaikan diri,pencarian bahan-bahan dan sebagainya.Sebagai bakal pemimpin kita yakin kita boleh melakukan yang terbaik.Menyelesaikan dengan terbaik dan menamatkan program ini dengan terbaik.Semuanya adalah semata-mata untuk menambah ilmu dan pengalaman kita sebagai bakal pemimpin.Kemudian kita akan berhadapan lagi dengan Program Sandaran yang lebih hebat dari yang kita lalui sekarang.Tiada yang tidak hebat,kemudian kita juga harus bijak membahagi masa untuk mengulangkaji dan membaca modul-modul sambil tidak leka dengan epembelajaran.Kita sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada KPM dan IAB yang menyediakan kita dengan sajian ilmu yang sangat luas.Marilah kita sama-sama gunakan peluang ini semaksima mungkin.Tapi,menjadi kekhuatiran dan tanda tanya sesudah ini,apakah kita berpeluang untuk mengamalkan dan merealisasikannya sebagai pemimpin,kita tidak mahu gelaran bakal pemimpin sahaja sepanjang masa,kita mahu gugurkan perkataan BAKAL, kita mahu bergelar pemimpin.Jika KPM  dan IAB sudah mencetuskan idea NPQEL ini,jangan sekerat jalan sahaja,kami mahu lakukanlah sesuatu di titik akhir objektif NPQEL, dengan saluran-saluran tertentu dan dalam ayat yang lain -Kami mahu merasakan jawatan nombor satu di sekolah..kerana kami adalah anak didik di NPQEL yang sudah lengkap dengan ciri kepimpinan selepas mendapat sijil bercopkan LULUS/CEMERLANG.Kerana setahu saya di seluruh Malaysia ada guru yang kecewa selepas NPQEL sampai sekarang masih guru biasa yang tidak dapat menyemai benih NPQEL.Bukan kerana gila pangkat tetapi kami dibentuk ke arah itu melalui NPQEL.Akhirnya hasrat KPM dan IAB tercapai.Moga impian menjadi kenyataan menjelang 2014. Amiinnnnn.